Assalamualaikum
Dua minggu tak bersiaran dengan entry yang baru. Ok, sebenarnya disebalik tajuk yang agak havoc kononnya tu... memang aini ada buat something yang agak rare tapi dibuat orang. Dan untuk aini tulis kat sini pun, mintak izin la tuan empunya badan dulu. Haha, I could not imagine how does this kind of situation happened. Eh, grammar ke laut. Cehh.
Nak cerita pasal perkaitan memikat dan Hokkaido.
Teaser dulu lah pasal kek Hokkaido yang memang superb maveles dan kiut sangat ni.
Hampa pernah dak memikat somebody? Ok, ataupun gunakan orang tengah untuk memikat someone special? Ataupun, just pakai telegram @ wassup @ call @ mesej or anything else??
Ok, kalau pernah, mesti ada momen yang tak dapat hampa lupakan. Aini kompem!! Sebab, aini takda pengalaman memikat someone, so aini banyak membaca untuk dapatkan pengetahuan dan cuba nak aplikasikan setelah berkahwin ni. Tapi, momen kali ni kenapa aini kata rare sebab hanya yang betul betul berani saja akan buat and I'm that one person and my friend. Ya ya ya.
Buat apa tu? Haaah, hampa rasa???
Ok, tak payah lah nak bagi surprise sangat entry ni, straight to the point, kita bagi hadiah dekat mak someone special sempena besday dia. Kiranya, merangkap bakal mak mertua kepada kawan aini la. Ok, kami panggil auntie. Mula mula memang kita fikir, sebab auntie ni orang yang bekerja, so macam mana nak bagi hadiah as appreciation to her. Bukan niat nak membodek, tapi biasalah kita nak berbaik baik kan dengan bakal MIL. Kalau boleh, nak kenal kenal dan merapatkan silaturrahim. Gitu !!
So, aini memang nak tolong kawan aini ni. Aini namakan A ya kawan aini ni. Aini bagi cadangan dekat A supaya pergi ke tempat kerja auntie then, bagi hadiah dekat sesiapa supaya sampaikan kepada auntie. Eh, hampa boleh faham dak tu? Kiranya, bagi dekat orang tengah la. Dan, dijadikan cerita auntie ni sorang cikgu sekolah. Aini just decide dengan A, dia nak buat kek Hokkaido sebagai present. So, aini kata bagi kek tu jadi dulu, baru kita teruskan dengan plan kita.
Dan, 11 April bersamaan hari Isnin, pagi hari lepas thumbprint dekat opis, A cakap, kak aini kita teruskan dengan plan kita tu. OMG, I pun sikit terkejut sebab hehe, biar betik aku nak buat benda benda macam ni. But, kita kena jadi orang yang supportive untuk benda baik baik. Aini yang offer diri untuk tolong buat benda benda ni, jadi tawakal tu 'alallah.
Then,kami pun pergilah ke tempat yang dirancang and hopefully everything will gonna be fine. Yeah !! But, finally, Allah does ease everything. Ok, part ni memang go to the straight point sebab aini pun malas menulis panjang sangat. Tempat yang dituju adalah sekolah tempat auntie mengajar, sampai ja dekat pintu pagar sekolah, kami minta kebenaran dekat guard disitu dan masuk terus parking depan dewan sekolah. Kebetulan, seumur hidup belum pernah aini jejakkan kaki ke sekolah tu. Pejabat guru dimana? Kantin dimana? Pejabat dimana? Semua benda ni bermain main di minda kami berdua.
Memang kepoh la sepanjang perjalanan menuju ke sana. Dan kalau boleh, tak nak auntie tahu pun sebenarnya sapa yang bagi hadiah kepada beliau sebenarnya. Huh !!
Then, setelah bermonolog seketika dan dapat keberanian, aini pun turun kereta sambil bawa kek Hokkaido ni untuk cari dimanakah terletaknya bilik guru dengan hajat, nak tinggalkan saja dekat mana mana staf untuk disampaikan kepada beliau. Kenapa aini turun sorang dan tidak berdua? Sebab kami memang yakin, auntie tak kenal aini siapa dan hubungan aini dengan A. Dan, aini jumpa mak cik cleaner yang kebetulan buat kerja kat toilet situ. Dah jumpa hala tujuan, terus bergerak ke tingkat 1. Pejabat dekat situ. Hehehe..
Dah sampai, nak tinggalkan saja dekat staf disitu, tapi staf tersebut enggan dan berusaha juga nak ketemukan aini dan auntie. Staf tersebut pergi panggil auntie, suruh bagi hand by hand terus. Oh oh oh.. Siapa yang nak surprise kan siapa sebenarnya ni??
Hmm, macam yang dah diduga, aini bagi terus dekat auntie tu and unfortunately, she's recognized me at the first time we met. How?? Tak tahu, dan memang lagi terkejut. Hajat kami berdua nak surprise kan auntie, tapi aini lagi terkejut. Mana auntie kenal? Macam mana dia tahu kedatangan aini bersama A berdua? Ok, nanti aini sambung siri kedua sebab lepas daripada cerita ni, kami bertandang lagi ke sekolah tersebut dengan misi menghantar kek Hokkaido.
Nantikan. !!


Don't worry about grammar.
ReplyDeleteYour cakes are very sexy.