Sunday, 24 April 2016

ALFAFA KESUKAANKU !!..

Assalamualaikum

First time aini makan alfafa ni, untuk keputihan. Sebab lepas bersalinkan Danial, memang banyak sangat keputihan. Sejarahnya macam ni, semasa mengandungkan Danial lagi aini memang berhadapan dengan masalah kencing kotor. Dah minum banyak air pun still tak elok. Doktor suspek sebab keputihan aini, doktor bagi antibiotik dan ubat injek dekat cik v. Tapi, tetap tak ok. Berterusan sehingga aini melahirkan Danial.

Bukan apanya, keputihan boleh memberi kesan semasa proses melahirkan bayi. Tapi, aini serahkan semuanya kepada Allah dan alhamdulillah, Danial sihat dan tiada sebarang penyakit. Tapi, masalah keputihan ni berlangsungan dari masa mengandung sehinggalah sekarang. Aini baca banyak blog dan sumber sumber yang boleh dipercayai untuk cari petua dan tips hilangkan keputihan. Banyak sebab dan faktor yang menyebabkan keputihan dan salah satunya, faktor rahim kembang dan rahim jatuh.

Ha, bila baca macam macam benda dan banyak faktor, aini jadi takut. Sebab masa berpantang, aini jaga makan dengan ketat tapi proses bertungku dan berurut tu takda disiplin sangat. Hem, takut beb !!
Benda nak pakai lama kot. Nak nak lagi, dah berkahwin. Itu faktor kebahagiaan rumah tangga yang utama.

Alfafa ni boleh dikategorikan sebagai jamu moden dan bertindak sebagai ejen perapat untuk kaum wanita. Haa !! Aini dah cuba dan berani cakap. Alfafa ni elok bagi badan kita panas dan melegakan masalah sakit urat, especially wanita selepas bersalin. Jom kita tengok, apa dia Alfafa ni ..

Alfafa Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an 

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. 


Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 


Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. 


Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. 


Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.

Kelebihannya ???

1. Merawat gangguan pencernaan 
2. Mengawal kolestrol dalam darah 
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
7. Mengurangkan simptom menopous 
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan 
9. Merawat masalah sembelit 
10. Menyahkan toksik dalam tubuh 
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
13. Membantu masalah penghadaman 
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu 
15. Mengurangkan masalah pundi kencing 
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
17. Meningkatkan kesihatan prostat 
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita 
19. Menghangatkan hubungan suami isteri 
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Aini makan alfafa ni dah 2 botol dan alami sendiri healing crisis. Tapi, semakin bertambah baik.

Banyak manfaat yang aini dapat antaranya :

1. Jerawat takda langsung
2. Badan rasa ringan
3. Kerap kentut dan sendawa, angin keluar banyak
4. Lawas membuang
5. Kurang berat badan
7. Aset wanita memejal dan rapat
8. Keputihan makin berkurang

Setiap orang, lain kesan pengambilannya. Hee, sebelum ni aini makan 10 biji setiap hari tapi lepas dah dapat result yang dikehendaki, aini cuma makan 4 biji sehari. 

Bai !!


Love,
Nuraini Bidin
Rakan SID anda.


No comments:

Post a Comment