Assalamualaikum.
Masih lagi pagi yang segar, alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, pemilik sekelian alam, diberi kesempatan dan peluang untuk menyebarkan kebaikan produk Shaklee.
Hari ni aini nak story pasal Vitamin C Shaklee yang memang favourite aini cikebum bum bum...
At first, nak teaser kesedapan air limau sunquick ni dulu sebagai pembuka kepada mukadimah aini. Limau antara sumber vitamin c yang banyak. 1 TABLET vitamin c Shaklee bersamaan 7.5 biji LIMAU. How do you expect? Stomachache? Heee... No lah, takda sakit perut. Aini makan dan boleh jatuh cinta lagi dengan dia. Lol.
Ok, jom kita explore apa kebaikan dan kelebihan vitamin c Shaklee ni. Jeng jeng jeng... !!!
Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.
Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.
Vitamin C Shaklee ni bersifat time released. Apa tu??
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.
Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Walaubagaimanapun, kalian dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.
Apa kebaikan Vitamin C Shaklee ni lagi??
- Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
- Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Kalau perasan lah kat atas tu aini ada mention, 1 TABLET VITAMIN C = 7.5 BIJI OREN. Tapi tak sakit perut kalau makan. Sebenarnya, vitamin c Shaklee ni telah diformulasikan dengan ekstrak kanji jagung yang mana turut mempunyai vitamin c. So,dalam vitamin c Shaklee ni ada campuran jagung dan limau. Limau kan bersifat asid, yang mana kalau sesiapa memang tak tahan, boleh sakit perut. Jadi, istimewa dak vitamin c Shaklee ni??
ISTIMEWA SANGAT SANGAT !!!
LOVE,
Nuraini Bidin
SID anda




No comments:
Post a Comment