TENTANG SAYA

What is the most interesting about me that you should know ? 


Assalamualaikum and thank you in advance sebab anda sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke blog celotehmamaaini.blogspot.com.

Ok, so far memang lama tidak mengasah skill penulisan dan di ruangan ini, saya berkongsi sedikit maklumat tentang diri saya sebagai ruang pembuka bicara antara anda dan saya.

Nuraini binti Bidin, nama yang tertera di dalam kad pengenalan yang kini berusia 29 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan pemegang Diploma Perakaunan dari Uitm Perlis.
Kini menjawat jawatan sebagai Pembantu SPPIM dibawah Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertugas di Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis di bahagian Pentadbiran Undang Undang Syariah. Memasuki fasa tahun yang ke 3. 

Mempunyai seorang anak yang comel bernama Muhammad Izz Danial Iman bin Shuzaily hasil perkongsian hidup bersama suami, Shuzaily bin Saadun yang berkhidmat sebagai Tentera Laut, berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Menjalani kehidupan berumahtangga secara jarak jauh dengan suami sudah menghampiri fasa tahun yang ke 4 dan alhamdulillah, masih Allah kurniakan rezeki kebahagiaan yang berpanjangan.

 Berbisnes secara online bukanlah pilihan mahupun minat yang mendalam tetapi kebaikan dan manfaat Shaklee adalah sesuatu yang perlu disebar dan dihebahkan. Disebabkan itu, ianya mendorong saya untuk menjebakkan diri dalam dunia bisnes online dan blog secara amatur.

Dan saya memilih blog (pastinya ia bersesuaian) sebagai ruang medan untuk saya kongsikan tentang Shaklee.



No comments:

Post a Comment