Tuesday, 29 December 2015

RESDUNG/SINUS

Hai
Assalamualaikum

Siapa kat sini yang ada resdung? Aini memang ada resdung dari dulu lagi, cuma lately lepas bersalin ni menjadi jadi pulak. Tapi aini amalkan alfafa dan vitamin c. Alhamdulillah, resdung pelan pelan tiada.

Jom kenali dulu apa itu resdung (",)



Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.



Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:



  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain


Shaklee ada vitamin khusus untuk resdung. Dah lama aini amalkan dan alhamdulillah, memang berkesan. Aini ambik alfafa dan vitamin c saja sebab belum cukup bajet untuk add up b complex. Dan yang penting, pemakanan pun haruslah dikawal. Jangan hentam kromo saja. 

Dekat sini aini listkan alahan aini semasa resdung teruk dulu.

Habuk
Sambal
Seafood
Belacan
Ikan bilis
Bau ikan
Minyak wangi

Dan,dah lupa setengahnya sebab sekarang dah rasa bebas sepenuhnya dari masalah resdung.
KONSISTEN MAKAN SHAKLEE...itu yang penting !!

Nuraini Bidin
Rakan SID anda,,,___

Monday, 21 December 2015

SET BAJET

Hai
Assalamualaikum ('',)

Bercerita tentang sosio ekonomi hari ni, memang gawat. Tapi, untuk kesihatan dan kecantikan, memang perlukan peruntukan wang. Sapa kata Shaklee untuk orang kaya sahaja? Yang ni, memang tak betul ('_')

Sebab, Shaklee adalah produk 100% semulajadi yang sesuai untuk semua golongan.
Kita ada set bajet untuk mereka yang berpendapatan sederhana dan harganya mampu milik setanding dengan kualiti pemprosesannya.

Aini nak ulas set bajet untuk cantik dan sihat yang aini amalkan sehingga kini. Makna kata, masih mampu dimiliki oleh semua orang diluar sana. First of all, memang aini bukan penggemar alatan solek dan memang totally save of budget dah kat situ.hehe.. Dan untuk skincare juga tiada. Hanya menggunakan esp semata mata sebagai masker setiap malam.



Meh kita lihat fungsi alfafa terlebih dahulu na.

  • Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
  • Merawat arthritis
  • Membantu mengatasi masalah allergi dan ekzema (jika bayi ekzema, ibu boleh amalkan Alfalfa & khasiatnya bayi dapat melalui susu ibu)
  • Mengatasi masalah asthma
  • Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
  • Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Sebagai kacip Fatimah bertindak sebagai ‘perapat‘ mengembalikan hubungan hangat suami isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Melancarkan sistem penghadaman & pencernaan
  • Meningkatkan stamina para suami
  • Sebagai pelawas & mengatasi masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Paling terkenal adalah sebagai milk-booster membantu ibu lancarkan penyusuan & tambah susu badan


Meh lihat fungsi vitamin c pulak na. Antaranya :
  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B
  • Meningkatkan sintetis kolagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit


Meh kita lihat fungsi herb lax. 
  • Pembersihan najis yang tersekat. 
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 
  • Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit. 
  • Mengempiskan perut. 
  • Memejalkan perut.

Kenapa aini katakan tiga supplemen ni asas kepada yang lainnya? Sebab, alfafa dan herb lax ni berfungsi untuk membuang toksik dalam badan yang menghalang kepada penyerapan vitamin dan nutrien yang kita ambil setiap hari. Toksik pun penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Jadi, setelah toksik berjaya dibuang, vitamin c akan berperanan untuk membaik pulih kulit dan kesihatan badan secara umumnya.

So, nampak tak apa yang dikatakan set bajet kurus dan kulit?

Nama pun bajet kan..hehe (",)



Nuraini Bidin
SID 

Monday, 14 December 2015

CHIFFON

Chiffon, please be nice to me :)

Tajuk entry kali lain sikit, out of topic :) Sebenarnya aini memang dah lama minat menjahit. Especially buat baju tapi sehingga ke hari ni belum dapat keizinan untuk belajar menjahit sebagai profesional. Memang minat untuk belajar buat maxi dan dress sebab aini suka pakai. Nampak slim,well said !!



Ni lah bunga yang menjadi sumber inspirasi. Simple but so nice, to me ! Sangat mudah dan tak keluar bajet yang banyak pun. Seriously, mahal dekat beads tu saja lah. Terutamanya yang tahan lama, memang mahal. Pandai cari, ada lah tempat yang jual murah sikit.



Orang kata ni bunga 3D tapi tak kisah lah sebab bila jahit dekat baju memang baju tu totally exposed. hehe..

Sebelum ada Danial, memang aini suka jahit manik. Tapi,sekarang fully attention bagi kat dia memang aini tak sempat nak asah skill yang ada. Kadang Danial tidur malam, baru terkial kial menjahit. Minat punya pasal :)

Sekarang ni, kawan ofis minta jahitkan satu untuk anak perempuan dia. Harap harap dapt sempurnakan hajat beliau. Nantikan !!


Nuraini Bidin
Shaklee Independent Distributor

Monday, 7 December 2015

SHAKLEE COLLAGEN

Kesan Kolagen...huahua, :)

Aini start kenal kolagen Shaklee ni lepas balik dari rumah Master Nini. Sebelum habis kelas offline tu, dia bagi sorang satu sachet untuk trial. Aini pun tak tahu guna dia macammana.



Kak nini kata, cuba letak kat muka tu. Campur esp pun boleh. OK,noted! Stok esp memang ada dah kat rumah. So,proceed sajalah :) ecece :)

Dan,bermula lah episod kolagen ni. Setiap malam letak sebelum tidur. Dan, yang bestnya tak perlu bilas pun. Esok pagi, nak mandi tu baru lah bilas bersih bersih. Semestinya aini tak guna sebarang pencuci muka,cuma bilas bersih dengan air biasa.

3hari guna kolagen tu,officemate tegur...(aini pakai bedak apa? cantik muka!)
uih... :D dalam hati berbunga bunga beb. Terus cakap, aini letak kolagen shaklee saja. Tak pakai bedak. Memang nampak la kesan dia yang ketara tu. Pori muka jadi halus dan jeragat pun mula kurang.

3hari=1 sachet.

Cuba kalau makan sekotak tu? HMMM,jawab sendiri lah. Selama aini duk guna pencuci muka yang ada di pasaran untuk kulit muka aini, belum ada lagi yang bagi respon macam tu kat aini. Memang terus tangkap cintan la dengan kolagen ni.

Sekarang ni tengah offer. Beli 6 dapat free 1. Mesti grab, sebab kesan dia super duper :)


Nuraini Bidin
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 2 December 2015

SHAKLEE COLLAGEN

Shaklee Collagen ni diperbuat daripada sisik ikan merah yang hidup di lautan dalam. Memang sangat berkualiti. Bayangkan suhu air lautan dalam, sejuk hingga mencapai tahap beku. Tapi, ikan merah ni tahan lasak dan Allah ciptakan habitatnya disitu.

Jadi,disebabkan kelasakan dan kekerasan sisiknya memelihara ikan merah itu lah yang menjadikan kolagen Shaklee ni setanding dengan produk kecantikan yang lain di pasaran. Kehebatan sisiknya juga memelihara kelembapan kulit kita dan jadikan ia sentiasa tegang, awet muda dan cerah.

Tu serba sikit info tentang kolagen Shaklee ni yang aini kongsikan..


Sempena kedatangan Disember 2015 ni, Shaklee tawarkan harga runtuh untuk peminat kolagen ni. Bukan selalu nak dapat harga offer ni, tahan lama juga.

Aini suka jadikan kolagen ni sebagai masker, untuk kesan yang cepat. Nampak seolah kita pakai bedak, tapi rahsianya....bedak kolagen!!
Tak susah pun sebab lama lama akan jadi kebiasaan. Percayalah !

Aini akui, kolagen ni diperbuat dari sisik ikan,makanya mungkin akan berbau hanyir la sikit pada sesiapa yang tak tahan. Cara nak makan dia senang saja.

1) Collagen + ESP
2) Collagen + Performance Drink
3) Collagen + Sunquick
4) Collagen + Air kosong/suam

Bagi yang berkemampuan untuk minum dia saja,boleh la try yang no 4 tu. Dan yang penting, kolagen ni juga ada bakteria baik yang turut bantu melawaskan sistem perkumuhan kita. Tu, bakteria macam dalam yakult tu. :)


Nuraini Bidin
Shaklee Independent Distributor