Tuesday, 22 March 2016

HERB LAX

Nice entry, nice sharing !!

Assalamualaikum.

Pernah tak dalam banyak banyak hari, rasa hari tu nak makan banyak banyak dan firasat hati kerja nak makan saja??

Kalau tak pernah, bermakna korang bohong sampai ke sudah..Heee

Memang ada hari yang mood kita swing dan kerja nak mengunyah saja. Tak kisah lah makan apa pun, janji makan !!

Aini pun macam tu, ada ketika harinya, nak makan sikit. Konon !!
Ada harinya, nak melantak saja !! Konon !!
By the way, kalau nak ulas pasal mood swing dan makanan, yang tu kena cerita topik tu saja.. Well !!

Yang aini nak story hari ni, kisah melantak makan satu hari sampai tak hingat dunia.
Last, rasa diri sendiri macam dah mula mengembang, baru lah nak control.

Tapi, takpa sebab Shaklee ada suplemen khas untuk usus, dan sudah tentu akan membersihkan segala mak nenek benda benda yang melekat dekat dalam usus tu.




Teaser sikit lah nasi goreng kampung yang memang my favourite.

Semalam, bapak beli sebungkus dekat kedai mak ngah Wani, tapi serius cakap, kalau beli kat kedai mak ngah, memang penuh polisterin dia. Memang banyak dan boleh dibahagi dua, kalau sesiapa yang jenis makan sikit sikit tu lah.

Masa habis makan, cepat cepat rasa diri dah gemuk. Well !!! Time melantak, takda pulak nak ingat.
Apa lagi, terus aini telan herb lax 2 biji.

Memang kalau aini rasa nak makan sampai rasa macam heaven tu, spare herb lax siap siap !!!




Aini suggest herb lax sebab memang hot stuff dalam Shaklee dan penting dalam memelihara kesihatan usus hampa semua.. (^^,)

Ok, mengomel banyak pun takda guna jugak. Jom kita survey tengok apa ramuan dalam herb lax ni.

Formulasi Herb-Lax ni terdiri herba semulajadi

Ada 9 jenis: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Apa sumbangan penting setiap bahan ini dalam usaha untuk membersihkan usus kita?

  1. Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  3. Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  4. Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  5. Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  6. Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
  7. Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  8. Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  9. Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.


Apa lagi keistimewaan Herb-Lax ni selain daripada mengempiskan perut?
  1. Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
  2. Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Melawaskan pembuangan air besar.

BAGAIMANA CARA MAKAN HERB-LAX?



Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk anak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.
  • Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

PERHATIAN!!
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

Penting untuk aini katakan disini, produk Shaklee 100% selamat semulajadi dan bebas kimia.


Nuraini Bidin
Rakan Shaklee anda 

kkkk


Monday, 21 March 2016

CRAB STICK FRIED

Assalamualaikum

Sebenarnya, entry yang aini kongsikan hari ni dah jadi viral sikit masa lalu kat media sosial. Cuma, baru baru ni aini berkesempatan nak buat. Benda simple saja,... cuma yalah, banyak benda yang nak kena buat sampaikan duk kerja bertangguh..

Tapi, akhirnya..buat juga dan rasa macam mana yang dikatakan asyiknya mengunyah dia..lalalala



Haha, aini masih lagi amatur bab nak mengedit gambar bagi nampak menarik, tapi..as long ada lah improvement sikit.

Tudia rupanya bila dah siap yea. (^^,)

Crab stick ni pun ada macam macam jenama dan kepelbagaian.




Kalau yang tak tahu tu, ni gambar crab stick tu. Nak gantikan dengan fish stick pun boleh ya, cuma rasa dia akan berlainan sikit lah. Ikut tekak dan selera masing masing lah. Heeee

Simple sangat cara nak buat dia. Ok jom tengok bahan bahannya.


CRAB STICK FRIED

Satu paket crab/fish stick
Daun kari
Cili kering
Minyak untuk menggoreng

Cara caranya:

1. Koyakkan stick tu halus halus secara memanjang.
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Potongkan cili kering secara menyerong atau bulat
4. Setelah minyak panas, goreng stick yang dikoyak halus tadi bersama dengan daun kari dan cili kering
5. Setelah kuning kekuningan didalam kuali, angkat dan toskan di atas tisu
6. Siap untuk dihidangkan

p/s:aini prefer makan benda ni time tengok tv bersama segelas teh o ais strawberry..walllaaaa

Thursday, 10 March 2016

NUTRIFERON

Bismillah

Seminggu berlalu, demam masih belum baik. Nak dijadikan cerita, masa ni jugak stok vitamin C Shaklee habis. Yang ada pun, B complex, alfafa dan Esp. Batuk pun makin teruk sehingga tekak rasa perit. Bangun pagi tadi, masa nak luahkan kahak sekali dengan batuk, ada keluar sedikit cecair merah bersama kahak.

Eww, hati dah mula rasa tak seronok. Dah kompem tekak aini luka disebabkan batuk yang melampau. Sejak aini jadi pengamal suplemen Shaklee, aini memang sangat sangat jarang demam, dan banyak hint yang aini dapat bila nak demam, tapi cepat cepat ambik vitamin C. Tapi, kalau Allah nak bagi sakit juga, bonus sebagai kafarah dosa. Cuma, kena ikhtiar untuk sembuh kembali seperti sediakala.

Sifu Shaklee aini suggest Nutriferon.

gambar hiasan

Nutiferon ni sangat bagus dan elok diamalkan bagi sesiapa yang demam, selesema, batuk, mudah terkena jangkitan dan kerap travel ke luar negara.

Aini try satu sachet, mula mula tu, sifu cakap rasa dia macam makjun, tapi sebenarnya selepas aini koyak sachet tu, bau dia ja macam makjun, rasa dia tak macam tu pun. Makjun yang asli lebih perit rasanya untuk ditelan. Heee

Ok, aini kongsikan sikit macammana Nutriferon ni bertindak.

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
Jom dapatkan Nutriferon, bebas kimia dan selamat secara semulajadi.

Nuraini Bidin
Rakan SID anda

Tuesday, 8 March 2016

DEMAM SI KECIL

Assalamualaikum

Ok, entry kali ni aini just nak remind kembali ibu bapa yang menghadapi situasi anak kecil demam.
Banyak ragamnya ya. Yang bf direct tu, memang sentiasa nak melekap je kan dengan kita. Yang tak bf direct pun, at last, banyak cabarannya kan?

Sebenarnya, si teruna aini sorang tu jarang sangat demam. Sejak lahir pada 29 April 2015 lalu, hanya 3 kali dia demam. Itu pun, aini lambat menduga. Firasat hati, mungkin demam biasa. Tidak!!
First, Danial demam masa dalam tempoh berpantang. Seminggu dia di NICU. Antibiotik diberikan.
Hati ibu menangis kecil..sob sob..sebab anak sulung dan tiada pengalaman nak handle certain of this part. Cik abang pulak dah jauh pulang ke Sabah nun.


Kali kedua Danial demam, aini memang tak nak bawa ke hospital lagi. Kesian tengok tangan dia dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat, menangis nangis pulak tu. Heee
Dan minggu lepas, kali ketiga Danial demam. Pun, aini tak bawa gi hospital atau klinik kerana mengikut simptom yang ditunjukkan Danial, dia hanya demam biasa.
Orang tua berkias, nak boleh akal baru. Mungkin..siapa tahu??

So far, setakat sekarang apa yang aini amalkan ketika Danial demam sangat lah membantu dan berkesan. Tapi, tips yang aini nak kongsikan ni hanya untuk demam biasa saja, bukan disebabkan virus. Jom semak dan pastikan rumah anda sentiasa ada benda ni ya especially bagi yang ada anak kecil. See ya....

1. Termometer


Pastikan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ada sekurang kurangnya 1 termometer di rumah. Ianya digunakan untuk pantauan suhu badan anak kecil anda. Kebiasaannya, suhu badan anak kecik lingkungan 35 ke 36 darjah celcius. Biasanya, aini kalau pegang Danial rasa panas lain macam sikit, pasti akan sukat suhu badan dia dengan termometer. Nak lagi dalam musim panas dan kering seperti sekarang. Baby ni bukan dia tahu bercakap dan bagitahu parent dia, so kita sebagai parent kena alert lebih sikit ya.

2. Tuala kecil


Tuala kecil ni aini guna untuk jelum kepala Danial. OK, tak faham jelum tu apa ya? Jelum tu kita basahkan kain tuala kecil tu, kemudian letakkan atas dahi anak tu. Bagi kurangkan panas. Sentiasa celup dan basahkan kain bila kain itu dah mulai rasa kering.

3. Cool fever


Why tak letakkan kool fever ni di atas dahi anak sepertimana yang tertera di gambar? Ok, aini tak nak serapan panas tu berkumpul di dahi. Berkemungkinan memberi kesan di kemudian hari. Sebab itu, seeloknya kool fever ni diletakkan di belakang badan anak betul betul di atas tulang belakang. Dengan cara demikian, panas badan yang naik ke kepala dapat dikurangkan. Tuala kecil yang dibasahkan itu harus letak di dahi.

4. Sarung kaki


Jangan ingat ibu ibu ja yang kena berstokin dalam pantang. Anak kecil pun kena. Seeloknya, stokin itu dibasahkan dahulu barulah disarungkan ke kaki anak. Bukan apa ya, kita nak bagi panas itu turun ke kaki dan memudahkan anak itu untuk kerap kencing. Sebenarnya, kalau anak kecil kerap berak dan kencing ketika demam, sangat cepat untuk dia kembali pulih. Orang tua tua kata, cepat panas keluar. Hee

5. Bawang merah


Bawang merah? Ya, mengikut apa yang aini baca lah kan, letakkan bawang merah yang telah dihiris di sekitar tempat anak kita tidur. Kiranya, fungsi bawang merah ni adalah untuk menyerap pengudaraan persekitaran dalam rumah kita dan seterusnya menggantikan sistem pengudaraan yang baru. Kalau uolss perasan, bawang merah kan berair? Haa, air tulah yang akan menyerap kepanasan di sekitar tempat anak kita berada. Bau? Opkos la berbau, tapi nak anak cepat sembuh punya pasal, tak salah mencuba, kan?

6. Lemon @ air hirisan lemon


Lemon ni seeloknya di perah airnya, dan dicampurkan sedikit air biasa, lalu rendam kan stokin ke dalam tu dan pakaikan kepada kaki anak. Mengikut apa yang aini baca lah, boleh juga digunakan cuka epal. Dan caranya adalah sama seperti air hirisan lemon tadi. Memang air cuka ni berbau lagi kuat gitu. Kalau tak tahan, boleh pilih salah satu dan jangan campur keduanya pulak. Heee

Ikhtiar itu wajib dan selebihnya, bertawakal kepada Allah. Moga perkongsian ringkas ni boleh dijadikan panduan untuk ibu dan bapa yang mendapat bayi sulung. Sharing is caring !!


Nuraini Bidin
Rakan SID anda