Ok, entry kali ni aini just nak remind kembali ibu bapa yang menghadapi situasi anak kecil demam.
Banyak ragamnya ya. Yang bf direct tu, memang sentiasa nak melekap je kan dengan kita. Yang tak bf direct pun, at last, banyak cabarannya kan?
Sebenarnya, si teruna aini sorang tu jarang sangat demam. Sejak lahir pada 29 April 2015 lalu, hanya 3 kali dia demam. Itu pun, aini lambat menduga. Firasat hati, mungkin demam biasa. Tidak!!
First, Danial demam masa dalam tempoh berpantang. Seminggu dia di NICU. Antibiotik diberikan.
Hati ibu menangis kecil..sob sob..sebab anak sulung dan tiada pengalaman nak handle certain of this part. Cik abang pulak dah jauh pulang ke Sabah nun.
Kali kedua Danial demam, aini memang tak nak bawa ke hospital lagi. Kesian tengok tangan dia dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat, menangis nangis pulak tu. Heee
Dan minggu lepas, kali ketiga Danial demam. Pun, aini tak bawa gi hospital atau klinik kerana mengikut simptom yang ditunjukkan Danial, dia hanya demam biasa.
Orang tua berkias, nak boleh akal baru. Mungkin..siapa tahu??
So far, setakat sekarang apa yang aini amalkan ketika Danial demam sangat lah membantu dan berkesan. Tapi, tips yang aini nak kongsikan ni hanya untuk demam biasa saja, bukan disebabkan virus. Jom semak dan pastikan rumah anda sentiasa ada benda ni ya especially bagi yang ada anak kecil. See ya....
1. Termometer
Pastikan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ada sekurang kurangnya 1 termometer di rumah. Ianya digunakan untuk pantauan suhu badan anak kecil anda. Kebiasaannya, suhu badan anak kecik lingkungan 35 ke 36 darjah celcius. Biasanya, aini kalau pegang Danial rasa panas lain macam sikit, pasti akan sukat suhu badan dia dengan termometer. Nak lagi dalam musim panas dan kering seperti sekarang. Baby ni bukan dia tahu bercakap dan bagitahu parent dia, so kita sebagai parent kena alert lebih sikit ya.
2. Tuala kecil
Tuala kecil ni aini guna untuk jelum kepala Danial. OK, tak faham jelum tu apa ya? Jelum tu kita basahkan kain tuala kecil tu, kemudian letakkan atas dahi anak tu. Bagi kurangkan panas. Sentiasa celup dan basahkan kain bila kain itu dah mulai rasa kering.
3. Cool fever
Why tak letakkan kool fever ni di atas dahi anak sepertimana yang tertera di gambar? Ok, aini tak nak serapan panas tu berkumpul di dahi. Berkemungkinan memberi kesan di kemudian hari. Sebab itu, seeloknya kool fever ni diletakkan di belakang badan anak betul betul di atas tulang belakang. Dengan cara demikian, panas badan yang naik ke kepala dapat dikurangkan. Tuala kecil yang dibasahkan itu harus letak di dahi.
4. Sarung kaki
Jangan ingat ibu ibu ja yang kena berstokin dalam pantang. Anak kecil pun kena. Seeloknya, stokin itu dibasahkan dahulu barulah disarungkan ke kaki anak. Bukan apa ya, kita nak bagi panas itu turun ke kaki dan memudahkan anak itu untuk kerap kencing. Sebenarnya, kalau anak kecil kerap berak dan kencing ketika demam, sangat cepat untuk dia kembali pulih. Orang tua tua kata, cepat panas keluar. Hee
5. Bawang merah
Bawang merah? Ya, mengikut apa yang aini baca lah kan, letakkan bawang merah yang telah dihiris di sekitar tempat anak kita tidur. Kiranya, fungsi bawang merah ni adalah untuk menyerap pengudaraan persekitaran dalam rumah kita dan seterusnya menggantikan sistem pengudaraan yang baru. Kalau uolss perasan, bawang merah kan berair? Haa, air tulah yang akan menyerap kepanasan di sekitar tempat anak kita berada. Bau? Opkos la berbau, tapi nak anak cepat sembuh punya pasal, tak salah mencuba, kan?
6. Lemon @ air hirisan lemon
Lemon ni seeloknya di perah airnya, dan dicampurkan sedikit air biasa, lalu rendam kan stokin ke dalam tu dan pakaikan kepada kaki anak. Mengikut apa yang aini baca lah, boleh juga digunakan cuka epal. Dan caranya adalah sama seperti air hirisan lemon tadi. Memang air cuka ni berbau lagi kuat gitu. Kalau tak tahan, boleh pilih salah satu dan jangan campur keduanya pulak. Heee
Ikhtiar itu wajib dan selebihnya, bertawakal kepada Allah. Moga perkongsian ringkas ni boleh dijadikan panduan untuk ibu dan bapa yang mendapat bayi sulung. Sharing is caring !!
Nuraini Bidin
Rakan SID anda






No comments:
Post a Comment