Monday, 29 February 2016

PMS/ PERIOD

Hai

Today, nak kongsi sikit pasal period pain a.k.a senggugut. Normal lah seseorang itu menghadapi senggugut ketika mana datangnya period. Dan jangan hairan, kerana ada juga yang langsung tak menghadapi masalah senggugut tu. Alhamdulillah, segala puji milik Allah. Besar rahmat bagi sesiapa yang menghadapi haid tanpa gangguan senggugut.

Ok, sharing is caring!!





Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

First, aini nak senaraikan simptom-simptom period pain ni antaranya :

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.
sumber rujukan:Wikipediaensiklopedia
ok..that's point !!
Makanya, cukup sepurnama ovulasi, period pun datang. Dan, setiap seorang wanita tu takkan dapat lari dari simptom simptom senggugut. Pernah ya aini lihat, senggugut sampai kena papah ke hospital. Tapi, yang dapat hanya sekadar painkiller yang meredakan kesakitan untuk seketika masa. Bulan depan, masa yang sama, dengan sakit yang sama, dengan painkiller yang sama..dan SAKIT SENGGUGUT tidak juga berkurang.

Sebenarnya, Shaklee juga memberi ruang buat kaum wanita sekalian untuk pulih daripada sakit senggugut. Aini akui, memang ianya mengganggu 90% urusan seharian bila ianya datang. Kadang kadang sampai stress dibuatnya. Hanya wanita memahami wanita, right?

Jom kita semak set vitamin yang bersesuaian. 
1. GLA Complex 

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
2. Ostematrix

  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3. B-complex

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

Lagi satu aini nak share, kaedah tradisional @ alami untuk redakan senggugut. Let's check it out.

1. Elakkan senggugut dengan bawang merah. Caranya adalah dengan hiris 3 biji bawang merah halus halus dan campurkan kedalam segelas air panas. Kacau dan minum.
2. Mengamalkan minum air perahan halia selama sebulan untuk dua kali minum setiap hari. Ketika mengamalkannya, senggugut masih menyerang, cepat cepat rendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan garam.
3. Minum air coke ataupun air sarsi yang dalam tin ataupun botol.
4. Tuam perut dengan tungku ataupun tuala yang direndam air panas.

Sebenarnya, senggugut tidak boleh di pandang remeh dan perlu di pantau dengan kadar segera. Sakit yang melampau kadang kadang disebabkan punca kesihatan yang lain, bukan sekadar senggugut biasa sahaja. 

Aini nak kupas lebih lanjut pun, kalian boleh juga merujuk pada sumber yang lebih sahih. Apa pun, sharing is caring !! Jangan dibiar, takut nanti melarat. 

CEPAT GRAB, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK SIHAT BERTENAGA !!

Nuraini Bidin
RAKAN SID ANDA

No comments:

Post a Comment