Wednesday, 10 February 2016

SiBunga Typewriter

PART 1




Memasuki alam persekolahan peringkat menengah, memang tidak menyeronokkan. Aku boleh cakap yang sesi orientasi sekolah aku memang tak berapa nak seronok. Why not? 

Sebenarnya, bagi sesiapa pun, sesi orientasi itu terpulang pada persepsi peribadi. Cuma aku yang tidak boleh menidakkan, aku rasa tidak seronok. Tidak kenal sesiapa dan tiada yang sudi bersahabat. Mungkin hanya aku yang rasa begitu, orang lain tidak. 

Seusai sesi orientasi, perjalanan kelas bermula seperti biasa. Seawal jam 7.45 pagi sehingga tamat kelas jam 2.45 petang setiap hari. Aku memilih untuk tidak duduk asrama walaupun jarak rumahku dengan sekolah memungkinkan aku untuk tinggal di asrama. Mak especially, risau dan aku juga tidak betah untuk meninggalkan dia.

Sebagai seorang anak perempuan tunggal, aku rasa ralat untuk berjauhan dengan keluarga. Tapi, lama kelamaan aku enjoy dan seronok bersekolah di situ. Okey, dipendekkan cerita tentang persekolahan aku, aku berjaya dapat keputusan yang memberansangkan dalam peperiksaan SPM dan melayakkan aku untuk sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.


***__________________________________________________________________***


Pucuk dicita, ulam mendatang.

Aku melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dalam bidang perakaunan di universiti tempatan. Memang tidak dijangka kerana aku tidak meletakkan sebarang harapan, pasti, kerana ramai lagi yang lebih pandai dari aku.

Allah Maha Berkuasa. 

Teruja, ya. Mereka memang teruja. Mak bapak aku memang gembira dan aku dapat merasakan jauh di sudut hati mereka, mereka menangis bangga dengan kejayaan aku hari itu.

Puas. Ya, memang aku berasa puas. Aku orang susah dan keluarga aku tidak dipandang orang lain hatta adik beradik sendiri. Kami membina impian yang belum kunjung tiba dan aku telah berjaya memecahkan tembok itu. Syukur kepada Mu Ya Allah !!

"Nia!! Kau kenapa beb?"
"Aku panggil, kau buat dek? Mengelamun?" Tepukan lembut singgah di pipi aku. But, no matter, she always behave like a kids. Who's she? She's buddy, soulmate, coffeemate and so on. Mariam Nafeesa, the only best friend forever belongs to me.

"Takda maknanya beb, aku cuma terfikir tentang sesuatu. Hilang sudah, kau punya pasal!"
Memang pun, habis hilang bersama dengan angin yang sepoi sepoi bahasa tu. Aku punya seronok mengelamun, sekali di siku habis kesemuanya. Alah, tak penting sangat pun tapi cukup mengganggu aku. Hem.

"Nia, petang nanti kau jangan lupa kita ada perbincangan dengan pasukan bola jaring kita. Tentang perlawanan bulan depan. Dan, lagi satu kau kena bawa jersi pasukan untuk kita buat sebagai contoh. Encik Ammar cakap, berkemungkinan kita akan dapat jersi baru tapi dia nak kekalkan design yang lama. Okey?"

"Mariam."
Lembut aku panggil nama tuan punya tubuh. Aku ada hal lain dan memang aku tak suka jika perbincangan itu disertai Encik Ammar. Berlagak dan kerek. Perasan diva. Kau ada?
Semua benda tidak boleh dibangkang.

"Cara kau panggil aku tu, aku tahu kau memang tak mahu pergi dan kau ada hal lain, kan? Saja aku nak kepoh, sebab aku dah masak dengan perangai korang berdua. Sorang diva, sorang princess. Apa apa saja lah. Tapi, kau kena ingat wahai Nia Nurain yang kau tu GS, kau memang kena ada. Ok." Panjang lebar syarahan si Mariam ni.

"Whatever, nothing to do with the princess. Kalau dia tak mahu datang, kita gantikan dengan orang lain. Bukan takda orang yang pandai main bola jaring dalam kampus ni."
Bentak satu suara dan lain tak bukan, Encik Ammar. Dia kebetulan melintasi jalan di mana tempat kami berdua berdiri.

Nampak seperti terkejar kejar, dan amarahnya juga menerewang saat terdengar perbualan aku dan Mariam.
Antara aku dan Encik Ammar, bukanlah di kategorikan sebagai seorang coach dan anak murid tetapi lebih kepada kawan sekelas.

Mana tidaknya, aku dan Ammar Saifullah bin Amiruddin adalah dua orang rakan yang sentiasa bersaing merebut tempat pertama ketika di sekolah menengah dahulu. Karakternya yang serius dan pendiam, membuatkan aku agak kurang senang. Bagi aku, aku lebih senang dengan sikap low profile. Walaupun berada di satu tahap, aku memang meluat dengan sikap yang begitu.

Well said, tidak baik membenci seseorang but, I've my own reason. Aku akan ceritakan, tapi bukan sekarang.

"Nia Nurain, boleh saya tahu kenapa awak kurang berminat untuk hadiri mesyuarat atau discussion pasal team bola jaring kita? Selalu saya perhatikan, awak memang tidak hadir. Apa alasannya?" Tanya Encik Ammar bersahaja.

Eh, lembut pulak bahasanya. Karang, aku pulak terpana. Wah!

"Beb, Encik Ammar tanya tu!" Tingkah Mariam membuatkan aku tersentak dari lamunan. Ah, aku punya pasal lah,sibuk saja mamat ni.

"Wahai Encik Ammar yang budiman, saya kurang berminat bukan disebabkan hal peribadi, tapi saya memang betul betul ada hal yang tak dapat dielakkan. Saya dah berulang kali minta ditundakan ke hari lain, tapi majoriti hanya free hari Sabtu, petang pula tu! Saya memang ada hal yang tak dapat dielakkan setiap hari Sabtu petang. Mohon pengertian Encik." Jawab aku bersahaja.

"Okey, petang ni juga saya akan discuss pasal ni dengan team kita dan saya akan pastikan semua bersetuju dengan hari yang awak free,boleh?" Balas Encik Ammar dengan serius membuat aku terlopong. Hai, biar betul mamat ni? Sewel ke apa?

Sebenarnya, untuk pengetahuan korang semua, mak aku kurang sihat. Susah untuk dihuraikan, tetapi mak aku terkena sihir. Mungkin ada yang berhasad dengki dengan beliau atau ujian Allah untuk hambaNya yang lemah. Aku pasrah! Mak tidak sama dengan orang lain. Bagi aku, aku pastikan yang terbaik untuk mak aku.

Mak seorang wanita yang berdikari, berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa menumpang kesenangan orang lain. That's inspired me forever and ever. Kekuatan dia dalam membesarkan aku dengan yang lain sangat aku sanjung. Dia membuktikan kepada aku, seorang wanita itu kuat. Ya,sangat kuat. Emosi, perasaan, tekanan, dan sekeliling yang menghimpit tidak memberi sebarang injuksi kepada mak. Forgot to inform, I've 7 siblings and 3 of them died long ago. Miscarriage.

No comments:

Post a Comment