Hai !!
Seriously, I tak pernah sukakan makanan pasta dan bertali yang satu ni !! Bukan apa, kita ni jenis tekak orang Asia, eating rice is more preferable !! Okay.
Tapi, semenjak bekerjaya (cewahh, macam berlagak...) ada orang yang bawa makanan western ni ke pejabat. Mula mula tak mau try, lama lama, surrender jugak !! Rupa rupanya sedap wei !! Aini saja yang out of date dan ketinggalan kereta api bab makanan orang Italy ni. Bukan nak puji melambung, cuma bila kuah yang dimakan bersama spageti ka makaroni ka fettucini ka.....rasa dia kena dengan tekak Aini..Memang sedap walaweh !!
Tengok tu, yummy,creamy !!
Pertama kali, aini try buat fettucini carbonara. Hmm, tu pun sebab ada orang request nak makan makanan bertali ni. Kalau tak, memang sampai bila tak belajar masak. Kalau masakan kampung tu, pandai la jugak nak men deco deco resepi. Kalau western cenggini, memang sah I follow the rules !!
Sebenarnya, rupa fettucini carbonara aini bukan macam ni !! Yang ni gambar aini 'celup' kat mr Google. OK. Malu aih nak tunjuk rupa yang sebenar !! Bagi expert dan teror buat dulu, baru ada keberanian nak letak gambar sendiri. (macam ni pun hado...eh eh)
Ok, resepi fettucini carbonara ni aini search kat macam macam blog. Ada yang pakai itu, ini, bubuh itu, ini..Huh, last sekali...I olah pakai resepi sendiri. Tu pun, ada ciri ciri Asia jugak lah. Hehe.
Untuk permulaan ni, tak bajet la menjadi dan sedap mengalahkan resepi Chef TAPI boleh la dimakan !! Oh !! Perasaan untuk terus mencuba masakan bertali ni semakin bercambah selepas belajar masak yang satu ni. Kikikiki............................. (^_^)
JOM, KITA LIHAT BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN !!
Hmm, Aini lupa nak snap gambar depa berdua..So sob sob !! Sos cili thai dan kiub pati ayam.
Yang ni, I sendiri pandai pandai pi bubuh dalam tu. Dalam resepi tu, pakai tomato. Tapi, kat rumah takda tomato. Sos pun sos la, asalkan menjadi. Kenapa Aini nak letakkan sos??? Sebab nak seimbangkan rasa lemak tu !! Tak mau terlalu berlemak !! Sebab tu jugak Aini tak masukkan keju.
Cara penyediaannya senang ja. Cari kat google, berlambak !!
1. Rebuskan fettucini bersama minyak dan garam. Atas citarasa masing masing nak letak banyak mana dan lembut macam mana. Ada orang suka yang kental, jangan rebus lama lama. Yang suka lembut, rebus sampai dia nampak putih. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kecil sampai garing.
3. Masukkan sosej dan bebola. Goreng sekejap. Masukkan pula kuah carbonara tu. Biar mendidih kejap.
4. Masukkan bunga kobis dan cendawan. Perasakan. Biar mendidih seketika. Boleh diangkat.
5. Letakkan fettucini dalam pinggan, tuangkan kuah tadi diatas.. Siap !!!
SELAMAT MENCUBA !!!
Love,
Nuraini Bidin
Rakan SID anda












