Assalamualaikum !!
Semoga uolls semua sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Haaa, sangat bagus kita saling mendoakan sesama kita, saudar seislam. Baru hati kita sesama Islam saling bertaut dan kuat dalam satu saf jemaah.
Aini ada baca dalam satu post di facebook yang berbunyi begini:
Allah kurniakan anak yang ramai, itu rezeki.
Allah kurniakan anak yang soleh, itu rezeki
Allah kurniakan kerja yang bagus, itu rezeki.
Kenderaaan tak pernah rosak, itu rezeki.
Rumahtangga aman, itu rezeki.
Allah kurniakan kesihatan yang bagus, itu rezeki.
Yang baik baik, itu semua rezeki. Jangan hidup hanya pandang wang itu sebagai rezeki, sekeliling kita yang Allah anugerahkan itu semua adalah rezeki.
Rezeki Allah ni luas sangat. Aini nak story pasal promosi Shaklee bulan ni tapi, nak selitkan juga sedikit cerita pasal rezeki yang Allah memang nak bagi.
Syukur ke hadarat Ilahi, rezeki yang Allah bagi pada aini sekeluarga tak pernah putus. Kalau merungut atau mengeluh dalam hati, pasti Allah datangkan rezeki tanpa disangka sangka. Kalau diikutkan, gaji bulanan Aini, lump sum RM1165 sebulan. Itulah nak bayar kereta, itulah pampers susu anak, itulah duit minyak topup, dan selebihnya tapi Aini percaya, Allah itu Maha Kuasa.
Ramai cakap, takpala, Aini duduk dengan parents, tak keluar duit belanja tapi itu mulut orang. Huhuhu...Takkan la I nak jaja I bagi berapa berapa kat parents I tetiap bulan kan??
Ok, pedulikan mulut diaorang. So far, setakat 3 tahun aini beli kereta Persona tu, belum pernah kereta tu aini short bayar bulan bulan, belum pernah masuk workshop sebab rosak apa apa ke, accident pun tak pernah. Kereta tu aini beli secondhand, beli dari tangan....(hand by hand) kalau orang utara kata.
Rahsianya aini share dengan uolls, setiap kali nak keluar kemana saja dengan kereta tu, aini akan baca doa keluar rumah, bismillahillazi... ayatul Kursi, alfatihah dan niat supaya Allah pelihara perjalanan aini sekeluarga. Dan sepanjang perjalanan, setiap kali nak belok, nak tukar gear, nak potong kenderaaan, apa sahaja, Aini baca bismillah. Zikir, selawat, hauqalah, istighfar, sentiasa Aini biasakan di mulut. Kalau nampak something yang macam rare, cepat cepat sebut tabarokallah, masha Allah. Sentiasa lazimi benda benda ni, insha Allah, Allah akan berkati. Uolls akan rasa kelainannya.
Duit poket lain tu, pandai pandai manage, dan niatkan nak buat apa dengan duit tu. Hmm, macam tak berapa nak faham jer, ok, macam ni... Setiap kali dapat duit gaji, kita mesti dah asingkan belanja dan simpanan kan??? Ok, duit yang kita dah asingkan untuk simpan atau belanja tu kita niatkan untuk apa? Contoh aini bagi satu, duit tu aini nak beli Vitamin C Shaklee untuk mak ke. Benda yang baik baik lah. Niatkan dalam hati, Ya Allah...duit ni aku nak guna untuk beli .......... untuk mak, supaya dia sihat, dapat beribadat padaMu Ya Allah....Kau permudahkanlah...
Insha Allah, lebih dari vitamin c kita boleh beli....Heeee
So far, rezeki Allah ni luas beb !! Minta apa saja, Allah pasti bagi. Cepat atau lambat. Yang penting keberkatan, dan salah satu punca datangnya keberkatan dalam hidup adalah dari doa IBU DAN AYAH KEPADA KITA.
Bulan May 2016, Shaklee buat promosi yang sangat best. Alfafa, kolagen dan vitalea for kids memang Shaklee bagi harga kaw kaw punya !! Macam kolagen tu, beli 6 dapat free 1 kotak. Macam alfafa dan vitalea tu beli 3, dapat free 1 botol. Haaa, mana nak dapat promosi macam ni melainkan Shaklee tawarkan. So time macam ni la kebanyakan ahli akan beli untuk buat stok banyak banyak !!
Bisnes Shaklee yang Aini buat pun Allah yang ilhamkan. Apa jua yang kita nak buat, sentiasa tanya Allah. Insha Allah, Allah pelihara.
Uolls tahu tak, aini memang selama ni ada impian untuk buat bisnes, dan entah macam mana, Shaklee jadi pilihan hati. Aini gembira tengok orang lain sihat, cergas dan tampil bertenaga untuk beribadat pada Allah. Ingat !! Apa yang kita dapat hari ini, itu semua rezeki Allah bagi dekat kita.
Rasa macam nak melalut dah.
Bai !!!
Love,
Nuraini Bidin
Rakan SID anda


No comments:
Post a Comment