Hari ni baru berkesempatan nak update. Hehe, utamakan yang lain dulu. Hmm, sebenarnya resepi ni aini olah ikut resepi murtabak sardin cream tu. Bezanya, tukar biskut tu kepada roti dan intinya.
Ala ala macam makan kebab pulak rasanya tapi sayang,....aini lupa nak snap gambar bila dah siap keluar dari oven. (fefeling sedih sat..huhuhu)
Ok, bahan bahan nak buat dia simple sangat. Just korek korek apa yang ada dekat dapur.
If uols malas nak masak pun, makan yang ni pun dah kenyang. Roti ni pun karbohidrat jugak. So, roti lapis ni pun sesuai untuk sesiapa yang tengah on diet tu.
Kalau uols nak topup bahan bahan lain macam mix vegetable ke, kacang buncis ke, or anything else yang uols rasa could be match to your tounge, it is preferable !! Yala, lain tekak, lain seleranya tau !!
Ok, aini kalau makan makanan yang ada rempah ni aini suka campurkan rempah tu bagi kasi kaw sikit. Macam dalam ni, aini guna rempah kari daging Aween dan Alagappas, rempah kurma Alagappas dan serbuk kunyit yang aini bancuh dan jadikan pes. Kalau tak nak bancuh pun, boleh juga. Heee.....
Bahan bahannya :
1 bungkus kecil roti Gardenia
1 biji bawang merah (didadu halus)
1 biji bawang putih (dihiris halus)
2 hiris halia (dihiris halus)
2 biji telur ayam
serbuk lada hitam
1 bungkus daging burger ayam Ramly
campuran rempah dijadikan pes (kunyit, kari daging Aween dan Alagappas)
bawang goreng
sos tiram
Bahan untuk topping/ layer :
1 biji telur
1 cawan susu
butter/minyak masak
Jom kita tengok cara membuatnya.
1. Potong dadu bawang merah, bawang putih dan halia. Nak tumbuk dengan lesung batu pun boleh.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Agak sedikit garing, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh. Biarkan seketika sehingga rempah garing.
3. Masukkan daging burger ayam yang telah didadu halus. Biarkan seketika.
4. Kemudian, masukkan bawang goreng, lada hitam sos tiram dan kiub pati ayam.
5. Masukkan telur 2 biji, Goreng seketika sehingga masak kesemuanya.
Cara untuk melapiskan roti.
1. Sediakan loyang yang sesuai dan oleskan kesemua bahagian dalam acuan dengan butter atau minyak masak
2. Celupkan roti dalam susu dan susun di dalam loyang
3. Letakkan inti diatas roti sehingga menutupi keseluruhan permukaan roti.
4. Ulang langkah tersebut sehingga ke lapisan teratas
5. Untuk lapisan terakhir, roti jangan dicelup. Susun sahaja diatas dan tuangkan lebihan susu dan telur diatas loyang. (lebihan susu tadi telah dicampur dengan sebiji telur dan dikacau rata)
nota kaki : Lebihan susu tu kalau tak nak campur dengan telur pun tak mengapa, uols boleh tambahkan bilangan telur. Tujuannya adalah untuk melekatkan adunan tadi. Dan Aini langsung tak menggunakan garam untuk resepi ni sebab kiub pati ayam tu dah ada rasa, sos tiram pun dah masin.
Rupa roti lapis ayam tu lebih kurang macam ni lah nanti. Aini ambik gambar dari cik Google untuk rujukan uols bagaimana rupanya ya !!
Selamat mencuba !!
Love,
Nuraini Bidin
Rakan Shaklee anda




No comments:
Post a Comment