Seminggu berlalu, demam masih belum baik. Nak dijadikan cerita, masa ni jugak stok vitamin C Shaklee habis. Yang ada pun, B complex, alfafa dan Esp. Batuk pun makin teruk sehingga tekak rasa perit. Bangun pagi tadi, masa nak luahkan kahak sekali dengan batuk, ada keluar sedikit cecair merah bersama kahak.
Eww, hati dah mula rasa tak seronok. Dah kompem tekak aini luka disebabkan batuk yang melampau. Sejak aini jadi pengamal suplemen Shaklee, aini memang sangat sangat jarang demam, dan banyak hint yang aini dapat bila nak demam, tapi cepat cepat ambik vitamin C. Tapi, kalau Allah nak bagi sakit juga, bonus sebagai kafarah dosa. Cuma, kena ikhtiar untuk sembuh kembali seperti sediakala.
Sifu Shaklee aini suggest Nutriferon.
| gambar hiasan |
Nutiferon ni sangat bagus dan elok diamalkan bagi sesiapa yang demam, selesema, batuk, mudah terkena jangkitan dan kerap travel ke luar negara.
Aini try satu sachet, mula mula tu, sifu cakap rasa dia macam makjun, tapi sebenarnya selepas aini koyak sachet tu, bau dia ja macam makjun, rasa dia tak macam tu pun. Makjun yang asli lebih perit rasanya untuk ditelan. Heee
Ok, aini kongsikan sikit macammana Nutriferon ni bertindak.
Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
- Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
- Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
- Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
- Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
Nuraini Bidin
Rakan SID anda
No comments:
Post a Comment