Assalamualaikum
Hai, judul entri macam sedap sangat popia tu. Walhal, biasa biasa saja. Layak lah untuk di makan.
Hari ni ada makan makan di ofis, meraikan kawan yang akan bertukar tempat kerja. Kiranya macam last dating la dengan dia. Huhuhu.
Tudia popia goreng aini!!! Biasalah, pagi ni masuk kerja, jadi gambar pun alah biasa saja. Tak sempat nak cantik kan gambar. Tapi, kawan aini cakap sedap !!! First time aini buat popia goreng, debor je rasanya nak bagi orang makan. Lol!!!
Sebenarnya, kulit popia ni memang dah lama ada dalam peti ais. Tapi, tak berkesempatan nak balut. This time, sempat buat sebab aini pastikan Danial tidur nyenyak baru lah aini buat. Kiranya, buat inti dia siap siap, bila free time, terus balut. Sebab apa ya, aini tapiskan dulu inti nya, bagi air dia kurang. Heee...
Ok, jom nak kongsikan resepinya. Untuk inti sebanyak ni, boleh lah dapatkan dalam 30 biji popia.
Bahan bahan :
1. Kulit popia
2. 1 biji sengkuang (disagat)
3. 3 batang carrot saiz kecil (disagat)
4. Taugeh
5. Ayam (dipotong halus)
6. 1 biji telur ayam
7. Sos tiram
8. Kicap pekat
9. Tepung gandum
10. Air
11. Minyak
12. Tuala lembap (optional, sebab nak mengelakkan kulit popia kering)
Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam, masak sehingga kering air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair secukup rasa. Resepi ni aini tak letak garam sebab sos tiram dah rasa masin.
3. Kemudian masukkan telur ayam dan gaul rata.
4. Masukkan sengkuang, carrot dan taugeh dan gaul rata
5. Masak sekejap saja sebab tak nak sayur terlalu lembik.
6. Kemudian, tapiskan airnya. Kita tak mahu nanti, intinya terlalu berair. Susah untuk dibalut.
7. Setelah airnya agak agak kering, bolehlah dibalut mengikut sesuka hati.
Tak sempat nak snap cara nak balut popia ni, tapi, sangat simple saja. Kalian semua pun boleh buat ni. Hee..
Selamat mencuba !!!
Love,
Nuraini Bidin



No comments:
Post a Comment