Friday, 1 April 2016

ESP + KOKTAIL

Assalamualaikum

Very the good morning !!

Semalam very the tired. Fuhh. Sebab, semalam punya cerita, kami buat photoshoot dekat ofis dek kerana memakai baju yang berwarna merah. Sama ja. Jadi macam ala ala pengapit pengantin tu.. (^_^)
Haha..biasalah umur belum masuk 3 series lagi, boleh lah cenggitu.

Jom teaser sikit pose anak dara dan mak dara. Lol





Santek dak weolls??? Hehehe, biasala stress kerja, layanzz
Konon I nak posing ala ala rozita che wan, but no wonder la body pun bukan slim macam Che Ta pun.. Verangan lebih.. Kah kah kah.

Jadi lah teaser banyak tu, yang lain lain tu ada aksi yang kurang sesuai untuk dikongsikan pada umum.

Jom nak story benda lain pulak, dan semestinya lah cerita pasal gambar di bawah ni.. (^^,)


Ok, semalam juga ofis kami buat makan makan sempena perpisahan pelajar praktikal di bahagian kami. Serius, aini bukan penggemar koktail dan seumpamanya. Kalau diberi pilihan koktail dan benda lain, of course I pilih yang lain. Paginya aini ke klinik dengan Danial, check up biasa untuk 11 bulan. Aini goreng nugget, kentang dan sosej untuk majlis tu, cumanya tak lah aini snap gambarnya, menu biasa biasa saja.

Bercerita lanjut tentang esp + koktail ni, aini terinspirasi sebenarnya. Hehehe
Ada staf a.k.a bos yang bawa koktail hari tu..mula macam tak nak makan jer tapi disebabkan kawan dah ambil simpan kan, makan lah juga. Wallaaaweeii, sedap rupanya. Tapi, masa makan tu takda ais ketul,so biasa saja. Tak puas hati punya pasal, balik rumah buat sendiri menggunakan esp dan susu segar. Why not??? Sebab dah terinspirasi kan.lol

Just share la kat sini resepinya. Sebab esp ni boleh dipelbagaikan. Yang penting, jangan kenakan suhu yang tinggi dengan dia. Suam suam kuku tu takpelah, sebab protein yang baik mudah termusnah dengan suhu yang tinggi. Take note tu.

Bahan:

3 scoop esp (untuk sorang makan)
Susu HL perisa vanila
Fruit cocktail dalam tin
Madu

Caranya:

1.Larutkan esp dengan susu HL mengikut sukatan banyak mana kita nak makan. Kalau nak cair dan banyak, boleh letakkan 1 kotak besar susu HL tu. Aini hanya guna setengah kotak saja
2.Setelah pastikan kuah sedang sedang dengan koktail yang nak dimasukkan, tuang koktail kedalam bekas tersebut.
3.Masukkan madu untuk seimbangkan rasa manis dan lemak.
4.Kalau suka nata de coco, boleh gantikan dengan nata de coco
5.Letakkan beberapa ketul kiub ais mengikut kesukaan, tapi aini suggest, letak dalam peti ais is more better. Kalau nak makan cepat, boleh la letakkan kiub ais.

Resepi ni boleh diolah mengikut kesukaan dan kepelbagaian anda. No limitation sebab aini pun just campak campak, asalkan kena dengan selera tekak. Hee

Ok, chow.
Terima kasih sudi bersinggah dekat blog aini.


Nuraini Bidin
Rakan SID anda (^_^)

No comments:

Post a Comment