Hai, kali ni nak share pasal murtabak pulak. Hihihi. Murtabak ni tak pernah lagi aini buat sebab, seperti biasa, tak berkesempatan. Sambil bekerja ofis, sambil berShaklee, pendek kata semua benda nak buat dan nak cuba. Lol !!!
Resepi murtabak ni aini tak ingat ambik daripada blog mana, tapi yang pastinya, memang sedap. Kawan kawan pun kata sedap !! Alhamdulillah !!! Biasanya untuk percubaan kali pertama, aini tak expect rasa dia ok, tapi memang berharap kawan kawan makan bertambah.Fuhhh !!!
Gambar fresh dari oven. Tapi macam tak sharp sebab camera aini biasa saja. Henpon pun yang murah saja. Hihihi.
Biasanya, murtabak ni sedap dimakan panas panas, dan nak lagi sedap, letakkan sos sedikit. Emm, marvellous, superb !!!
Banyak ni inti, boleh satu loyang murtabak.
Bahan bahannya :
1. 1 bungkus biskut cream crackers (jenama pilihan sendiri)
2. 1 tin kecil sardin dalam tin
3. 1 cawan susu segar (aini pilih susu HL)
4. 2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
5. 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
6. sedikit halia (ditumbuk halus)
7. 3 biji cili kecil (ditumbuk halus)
8. Minyak untuk menumis
9. Rempah kari setengah paket, dibancuh dengan air
10. 3 biji telur ayam (2 biji dalam inti sardin, 1 biji untuk topping)
11. Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak, dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kecil yang telah ditumbuk halus.
2. Setelah garing, masukkan rempah kari yang telah dibancuh. Masak rempah seketika.
3. Kemudian, setelah rempah agak garing sedikit, masukkan sardin. Pastikan buang tulang sardin tu ya. Senang nak makan. Hee...
4. Kemudian, hancurkan sikit sikit sardin masa kacau. Kemudian, masukkan telur dan masak sehingga sardin tu agak kering sikit. Aini tak suka inti sardin ni berair, nanti kita punya murtabak tu jadi lembik sangat.
5. Ok, kemudian sediakan loyang yang telah dialaskan dengan aluminium foil.
6. Celup biskut kedalam susu dan susun lapis demi lapis didalam loyang. Jangan celup terlalu lama, nanti biskut tu kembang.
7. Lapiskan demi lapis, biskut dan sardin. Dan lapisan terakhir tu, biskut tu jangan dicelup dalam susu. Lapiskan begitu sahaja.
8. Lebihan susu tadi, dipukul dengan sebiji telur, dan tuangkan diatas lapisan biskut tu.
9. Bakar dalam suhu 130 darjah celcius selama 30 ke 40 minit mengikut oven masing masing.
Sedap dimakan panas panas !!
Selamat mencuba !!
Love,
Nuraini Bidin
Rakan SID anda



No comments:
Post a Comment