Tuesday, 12 January 2016

SIMPAN

Hai..

Entry kali ni berjudul SIMPAN.

Ok, aini nak share pasal SIMPAN DUIT. Biasa saja, sebab realitinya ramai yang dah sedar tentang kepentingan menyimpan duit ni. Tapi, masing masing ada cara yang tersendiri kan??

Teruskan membaca na (",)




First of all, kita ni berada di kategori mana?
  • Pelajar
  • Bekerja
  • Tidak bekerja
  • Bujang
  • Berkahwin
  • Berkeluarga

Macam aini, berkahwin, berkeluarga dan berhubungan jarak jauh dengan suami. Jadi, cara aini nak simpan duit berbeza lah dengan kategori yang lain.

Keperluan dan kehendak kita berbeza, namun cara/tips yang aini share ni aini praktikkan. Perhaps, the way how do you keep saving is better than me, just go on.. ('',)

Ok,dah ready ya? Jom.

1. Listkan perbelanjaan masuk dan keluar every month

Aini pastikan sebelum dapat gaji, list untuk perbelanjaan keluar masuk tu ada. Apa dia ya perbelanjaan masuk dan keluar ni??? Ok, perbelanjaan masuk ni aini kategorikan pada aset.

Contohnya, kita belanja untuk beli handbag. Handbag tu kita pakai dan memang ada dekat kita kan. So, belanja masuk. Belanja keluar ni contohnya macam pampers pakai buang. So, dah pakai mesti buang.. Keluar kan?.. Ok, nampak tak kat situ dia punya perbezaannya (",) Belanja keluar ni setiap bulan memang ada.

Make sure, belanja masuk tu memberi manfaat untuk kita guna pakai selama beberapa tempoh. Takda la membazir kan. Aini selalu praktikkan benda ni terutama sekali time nak beli kasut, handbag, keperluan diri, keperluan anak..

Aini baru ada sorang anak, even sorang pun tetap kena ada financial planning jugak.huhu.. Beli baju untuk anak pun saiz yang besar besar supaya boleh pakai lama...If beli barang untuk Danial pun, beli untuk 2 3 bulan sekali.



2. Tabung

Pelbagaikan tabung simpanan anda. Actually, banyak tabung ni sebenarnya banyak kelebihannya. Aini suka follow rancangan DOIT kat tv yang berkongsi tip menyimpan duit dan kaedahnya.
Setkan target simpanan anda.

Contohnya, this month nak saving duit RM 1 sahaja. So, ada seringgit cepat cepat masuk tabung.

Likes I'm saying, aini bermula dengan duit RM1. Untuk aini, duit kertas saja di simpan tapi untuk Danial, aini simpan RM1 dan duit syiling dalam tabung dia. Set target nak simpan sampai bulan berapa, then dah matang, terus masukkan duit tu dalam akaun bank. Simple kan? (^^,)

Kenapa tak simpan duit lain?? Note 10 ka 20 ka??

Yang ni terpulang pada individu. Ikut kemampuan masing masing. Aini bermula dengan nilai yang kecil sebab mengikut kemampuan gaji aini. Ok kan??


3. Buku catatan

Buku ni boleh digunakan untuk rujukan kita. Bila membuat sebarang belian, bolehlah dicatatkan dalam buku tersebut. Dan, kalau boleh biar lah setiap perbelanjaan bulanan kita catatkan dalam buku tersebut. At least, boleh buat perbandingan setiap bulan. Yang mana perlu, kita kurangkan. Term dia dikenali sebagai 'cut cost'.

Buku ni tidak sama ya seperti point nombor 1 sebab buku catatan ni seperti diari yang akan kita catatkan sebarang belanja yang kita dah buat. So, if this month you spend too much, next month bolehlah bajet pulak..kikiki

Hutang kita pun masukkan sekali dalam buku ni supaya kita tidak lupa yang kita ni berhutang dengan orang ye.. Kalau boleh, pakai pen dakwat merah!!

Kalau aini, yang mana hutang tu aini cuba selesaikan cepat cepat. Bayar 2x atau bayar terus bagi habis.


4. Selit di mana mana

Yang ni pun ramai dah buat, cuma aini share jugak sebab disaat kita terdesak perlukan duit, coincidentally feels how was a miracle, selak selak ada duit..huhu

Contohnya, selit dalam dashboard kereta, bawah bantal, laci pejabat dan paling penting, jangan panjang tangan nak ambil duit tu.hehe, Dah selit, cuba lupakan. Baru lah rasa perasaan ajaib dan takjub tu.. (^^_)

Cuba selit note 100 ke 50 ke, lagi lah rasa nak mengalir air mata!!

5. Berpuasa sunat dan wajib

Berpuasa bukan saja menyihatkan anggota badan, bahkan kita dapat menahan diri untuk boros berbelanja. Jimat dah di situ. (^_^) Tapi, berpuasa ni nawaitu kenalah betul, baru dapat ganjaran dia. Jangan berpuasa disebabkan nak jimat duit, dapat letih dan dahaga je lah.

Berpuasa sunat Isnin dan Khamis, dan macam aini ni duk bayar puasa ganti yang banyak sebab bersalin kan Danial dekat nak puasa Ramadhan. Memang boleh menyimpan la duit lunch tengahari tu...so far, setakat la ni masih berusaha untuk habiskan puasa ganti tu..hehehe

6. Antara kehendak dan keperluan

Ramai yang dah mahir skill ni, cuma nak praktikkan ataupun ikut hati..hehehe
Kehendak jadi keperluan, keperluan jadi keperluan.

Bagi aini, yang ni kena tekad dan disiplinkan diri. Kalau tak, jadi seperti kenyataan diatas.

Contohnya, gincu. Dah ada dah gincu warna pink moist, nak beli pink maroon. Alasan, jemu dah warna tu. Sebenarnya, kalau disiplin dan tekadkan hati, kita boleh pakai gincu tadi tu sampai habis barulah beli yang lain.

Nampak tak??? So simple but you create the rules, you deny it!! Tak mau ulas panjang panjang..


7. BERI PADA IBU BAPA

Point yang ni sangat lah dituntut. Even ibu bapa kita orang berada dan mewah sekalipun, bagilah dekat mereka. InshaaAllah, Allah akan cukupkan rezeki kita. Tak kisahlah banyak mana, mengikut kemampuan kita.

Kenapa aini kata beri pada ibu bapa tu sebagai cara nak simpan duit?
Ini sekadar pendapat peribadi aini dan yang aini lihat dan nampak melalui persekitaran ya!! Don't judge me!!

Hahaha, kena ingat satu benda ni okes, ibu bapa ni bila anak anak beri duit, dia tak guna ya. Dia simpan duit tu untuk keperluan anak anak ketika terdesak. HAAA, nampak tak parenting value tu kat situ. Duit yang kita bagi tu lah nanti akan mereka bagi bila kita terdesak. Tak percaya, try tengok dulu!!

Apa pun, bagi lah dekat parent, berkat kehidupan kita nanti. Saham dunia dan akhirat. Tu je boleh cakap.. ((^^))




If ada lagi yang tak dimasukkan kat sini, rajin rajin lah share dengan aini.
Boleh tinggalkan komen..


Nuraini Bidin
Rakan SID anda

No comments:

Post a Comment