Wednesday, 6 January 2016

LAKSA

Santai petang (",)

Petang begini makan laksa pun sedap ye. Laksa memang feberet aini. Tapi, masih berpantang selepas lahirkan Danial. So, pantang lah elok elok demi kesihatan di masa depan. Orang yang tak mahu berpantang, itu hal mereka. Kita yang nak berpantang cara orang tua tua, silakan. Itu hak masing masing.

Ok,disebabkan tak boleh makan lagi, aini just nak share resepi nak buat laksa beras.
Nanti nanti, just review untuk tengok resepi bila rasa nak buat.
Laksa home made ni lebih selamat dan jimat, tapi yang penting... kena rajin le..hehehe


Laksa Penang


Laksa beras homemade...insyaallah bersih..tak putus..dan warna pun putih serta sangat menjimatkan wang memandangkan skrg semua barang dah naik rege...jom buat sendiri...2 cawan tepung beras boleh dpt 1kg laksa....

Laksa beras homemade
 2 cawan tepung beras
 2 sudu besar tepung gandum
 2 sudu besar tepung ubi
 Garam
 1 1/2 cawan air panas mendidih

Cara membuat: 


●sediakan periuk yang berisi air tuk merebus laksa sehingga mendidih
●Sediakan bekas/mangkuk besar..
●Isikan tepung2 dan garam dlm bekas
●curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit dgn guna senduk # amaran jgn guna tangan ye nanti melompat2 kepanasan dah suam2 sikit baru uli ngan tangan
●uli sehingga semuanya sebati...
● masukkan dlm acuan maruku dan tekan dlm periuk air mendidih tadi...masa ni jangan kacau ye laksa dlm periuk tu kang putus plak..biarkan sebentar baru kacau perlahan2 ..dlm 3 / 4 minit angkat ...siap tuk dihidangkan ngan kuah
> segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit atau alirkan airpada laksa utk buang kanjinya.Kemudian toskan ...Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..


Selamat mencuba


Laksa utara
Laksa ni aini selalu makan dengan teh ais.. Walaaa,sedap banget...



Nuraini Bidin,
Rakan Shaklee anda

No comments:

Post a Comment